Thursday, September 24, 2009

Malas...

Entah kenapa tapi saya rasa malas betul. Ini mungkin sebab utama saya jarang bercuti. Lepas cuti, memang sukar nak kerja balik. Mesti rasa malas gila... otak tak jalan.

Saya mula kerja semalam. Itu pun tak produktif langsung. Adalah buat kerja sikit tapi lepas tu rasa malas pulak jadi saya edit gambar-gambar yang telah saya tangkap kat Taman Burung semalam. Hari ini pun rasa malas. Esok saya akan cuti lagi sampai hari Ahad dan akan mula kerja balik pada hari Isnin.

Nasib baik hari Isnin nanti ada banyak meeting. Mesti busy sikit. Kalau tak, tak tahu macam mana lah...

Cuti susah, tak cuti pun susah. Waktu dah pukul 5:15pm sekarang. Nak balik lah. Masak sikit then layan CSI:Miami sampai mata bengkak... esok nak pergi jalan kat Genting... ciao!

No comments: